Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menghadiri Majlis simbolik penyerahan khemah bencana kubik kepada wakil-wakil setiap negeri, hari ini. GAMBAR: Facebook rasmi Sultan Ibrahim

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sebanyak 103,000 unit khemah bencana bernilai RM19 juta ke seluruh negara sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh.

Dalam hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, khemah bencana kubik kurniaan Sultan Johor itu disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Khemah kubik tersebut akan digunakan sewaktu musim tengkujuh bagi menempatkan mangsa-mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).

Majlis simbolik penyerahan khemah bencana kubik kepada wakil-wakil setiap negeri disempurnakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Istana Polo, Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Setiap negeri menerima lebih 5,000 unit khemah yang telah disampaikan oleh YSIJ.

Baca artikel berkaitan: Jangan ada pegawai Gerak Khas berpolitik dapatkan pangkat – Sultan Johor

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Datuk Azmi Rohani dan Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pengurusan Pasca Bencana) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia), Datuk Khairul Shahril Idrus dan setiausaha kerajaan setiap negeri.

Sementara itu, Avinderjit berkata, Sultan Johor mengurniakan khemah berkenaan kepada seluruh negara untuk kegunaan mangsa-mangsa sewaktu bencana banjir.

“Baginda amat prihatin dengan kebajikan rakyat sewaktu bencana dan kurniaan khemah ini boleh digunakan untuk penempatan mangsa-mangsa di PPS,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram