Pesakit mencuri ketika dapatkan rawatan dicekup

Dari Penulis


RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) Hospital Ampang dekat ibu negara berjaya membongkar kegiatan curi seorang pemuda yang mendapatkan rawatan di premis sama hari ini.


Menyedari kejadian itu, kakitangan hospital meminta bantuan pihak polis sebelum suspek akhirnya ditahan dalam kejadian di Unit Kecemasan Hospital Ampang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil pemeriksaan awal yang dilakukan oleh unit MPV Balai Polis Pandan Indah, suspek telah menyerahkan wang yang dicuri kepada pihak polis. 


Katanya, suspek kemudiannya telah menunjukkan lokasi dompet mangsa yang disorokkan di dalam pam tandas, Unit Kecemasan Hospital Ampang kepada pihak polis.


“Tindakan pemuda itu mencuri dompet milik pesakit lain semasa mendapatkan rawatan mengundah padah apabila dirakam kamera litar tertutup hospital sebelum kakitangan hospital meminta bantuan pihak polis dalam kejadian di Unit Kecemasan Hospital Ampang pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Farouk berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap saspek didapati negatif dari dadah. 


Tambahnya, suspek kini ditahan lanjut untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This