Kempen Kita Merdeka Kami Anak Malaysia himpun pengunjung pelbagai bangsa

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KITA masih berada dalam mood Hari Kebangsaan serta baru sahaja meraikan sambutan Hari Malaysia semalam.

Golongan selebriti pula memainkan peranan besar bagi membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita yang tercinta.

Kempen Kita Merdeka Kami Anak Malaysia sempena meraikan Hari Kebangsaan ke-65 anjuran AEON CO. (M) Bhd. dan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) yang berlangsung di Perkarangan Aeon Mall Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini ternyata berjaya mencapai matlamat apabila mengumpulkan ribuan pengunjung berbilang kaum.

Pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung antaranya tukar minyak hitam motorsikal percuma (kategori kapcai), bike gathering (kelab motorsikal), persembahan artis jemputan dan persembahan buskers (music box buskers) turut mendapat sambutan hangat.

Malah booth-booth dari pelbagai agensi kerajaan antaranya Majlis Belia Malaysia (MBM), Agensi Antidadah Negeri Sembilan, Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan PDRM (Division Anti Scammer) juga tidak sunyi menerima kehadiran pengunjung yang mahu mendapatkan info berguna.

Kempen Kita Merdeka Kami Anak Malaysia dilancarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali AB Malik dengan diiringi oleh Timbalan Pengarah Urusan AEON Co (M) Bhd, Naoya Okada serta Presiden Konsortium IRAMA, Ayob Abdul Majid.

Menariknya gimik pelancaran dibuat apabila ketiga-tiga mereka dibawa menaiki motorsikal berkuasa tinggi dari pusat beli-belah terbabit ke tapak program karnival oleh Group WGMS.

Pengunjung kelihatan amat teruja dan tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar sebagai kenangan.

Bermula dari pagi, program karnival berterusan sehingga ke malam dengan Konsert Merdeka pada jam 8.30 malam yang menampilkan barisan artis-artis popular iaitu DR SAM Rasputin, Aris Ariwatan, Ezad Lazim, Eka Hazika, Winnie K, manakala pengacara ialah Hairul Nizam (DIVA).

DR SAM menyanyikan lagu popularnya yang malar segar sehingga sekarang iaitu Saya Anak Malaysia dan Ezad Lazim pula tampil dengan lagu Jesnita dan Mengintai Dari Tirai Kamar.

Aris Ariwatan pula menyampaikan lagu 1.2.3.4 dan Lamunan Terhenti, manakala Winnie K menyanyikan lagu mandarin berjudul Wo Yao dan Kau Ada Dimana.

Pengunjung nampaknya tidak berganjak apabila setia menonton persembahan setiap artis sehinggalah konsert berakhir pada jam 11 malam.

Kempen Kita Merdeka Kami Anak Malaysia wajar dipuji kerana dapat menyuntik semangat patriotik dikalangan rakyat Malaysia agar terus cintakan negara.

Sekaligus berbangga bergelar Anak Malaysia untuk terus bersatu dan kekal teguh seperti yang dilalui sewaktu awal kemerdekaan sehingga kini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This