Mangsa disahkan maut di tempat kejadian. Gambar: PDRM

SEORANG remaja perempuan maut selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah motosikal di Jalan Lencongan Barat, Sungai Petani, Kedah, pada pukul 12.10 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia 19 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja di sebuah pasar raya bersama sebuah lagi motosikal ditunggang seorang wanita berusia 20 tahun yang juga berkerja di tempat yang sama dalam perjalanan dari Sungai Jagung menghala ke Sungai Layar.

“Apabila sampai di tempat kejadian motosikal mangsa berlanggar dengan sebuah lagi motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 52 tahun yang melawan arus di lorong motosikal.

“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Polis tahan seorang daripada tiga suspek pukul lelaki warga Myanmar

Tambahnya, penunggang lelaki berusia 52 tahun yang bekerja sendiri itu turut didapati tidak memiliki lesen dan cukai jalan motosikal tamat tempoh pada Februari 2011.

“Penunggang lelaki mengalami kecederaan pada tangan kanan, manakala seorang lagi mangsa  cedera di muka dan telah di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk menerima rawatan.

“Mayat mangsa turut dibawa ke unit forensik hospital yang sama untuk ujian saringan COVID-19 dan dibedah siasat,” ujarnya.

Kes kini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram