Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat ruang pameran ketika hadir ke Majlis Pelancaran Dasar Tenaga Negara 2022-2040 di Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

PELAKSANAAN Asprasi Renda Karbon 2040 secara holistik dijangka dapat meningkatkan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM13 bilion setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan aspirasi itu juga malah dijangka dapat mewujudkan lebih 207,000 peluang pekerjaan baharu.

Menurutnya, beliau percaya inisiatif itu dapat membantu mencapai aspirasi negara pada 2050 bagi menghadapi trend yang berlaku dalam peralihan tenaga.

“Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022-2040 yang dilancarkan hari ini menetapkan sasaran khusus bagi sektor tenaga, iaitu Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040.

“Melalui inisiatif ini, sektor tenaga negara bakal membuka lembaran baharu selari di peringkat dunia yang menyaksikan munculnya sektor-sektor baharu.

“Antaranya, mobiliti rendah karbon melalui penggunaan EV, serta penjanaan dan penyimpanan sumber tenaga baharu seperti hidrogen dan tenaga berasaskan bio,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Dasar Tenaga Negara (DTN) 2022-2040 hari ini.

Baca lagi: BN konsisten wujud bangsa Malaysia apatah lagi jika Ismail Sabri meneruskan tugas sebagai PM – Zahid

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Tenaga Negara bagi menerajui hala tuju peringkat tertinggi.

Katanya, hal itu adalah untuk membuat keputusan strategik berkaitan sektor tenaga memandangkan strategi dan pelan tindakan DTN merentasi pelbagai sektor dan pihak berkepentingan.

Jelasnya, beliau akan mempengerusikan Majlis Tenaga Negara itu bagi memastikan inisiatif DTN dilaksanakan secara berkesan oleh kementerian dan agensi bertanggungjawab berdasarkan akauntabiliti dan peranan masing-masing.

“DTN merupakan living document yang dikemas kini setiap tiga tahun dengan semakan dan pertimbangan dilakukan MTN.

“Ini selari dengan kemajuan teknologi, tahap pencapaian sosioekonomi negara dan keseimbangan trilema tenaga semasa,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram