Pemandu kereta lawan arus maut tersepit bertembung bas

Dari Penulis

SEORANG pemandu kereta maut tersepit selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 86.1 Lebuhraya PLUS dekat Ayer Hitam, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada orang awam pada pukul 12.15 tengah malam.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku sewaktu sebuah bas dan lori dalam perjalanan dari Johor Bharu ke Kuala Lumpur, manakala mangsa dari arah bertentangan.

“Sampai di lokasi kejadian, mangsa yang memandu sebuah kereta telah melawan arus lalu bertembung dengan bas yang berada di lorong kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Warga emas maut sambil pangku bayi

Akibat perlanggaran tersebut, bas telah hilang kawalan lalu bergesel dengan sebuah lori.

“Ekoran kemalangan tersebut, pemandu kereta berusia 37 tahun tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian,’ ujarnya.

Manakala pemandu bas berusia 48 tahun dan pemandu lori berusia 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This