SEORANG remaja maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Simpang Lima-Parit Sulong, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 1.35 pagi daripada orang awam.
Beliau berkata, mangsa berusia 14 tahun dipercayai sedang menunggang motosikal dari arah Parit Sulong ke Simpang Lima.
“Tiba-tiba datang sebuah motosikal dari arah hadapan yang telah masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung sesama sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Remaja maut motosikal langgar batu penghadang
Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan maut di tempat kejadian.
“Penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan berusia 17 tahun mengalami cedera ringan,” ujarnya.
Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyyen 41(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

