LEBIH 10 tahun Zaitun Ishak menghidap penyakit buah pinggang dan darah tinggi sehingga menyebabkan beliau sukar untuk bergerak.
Nasib yang menimpa Zaitun, 34 tahun itu mendapat perhatian Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang turun ke daerah Putatan, Sabah untuk meneruskan misi menyantuni masyarakat di sana.
Menurut Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Jefferey Nor Mohamed, Zaitun antara beberapa individu yang diziarah YBR dalam misi bantuan di sana.
Jelas beliau, Zaitun kini hanya berbaring di rumah selepas menjalani pembedahan tyroid.
“Zaitun yang juga menghidap penyakit buah pinggang dan darah tinggi selama lebih 10 tahun ini mengalami kesukaran untuk berjalan dan amat memerlukan sumbangan kerusi roda selain katil hospital.
“Sumbangan ini akan memudahkan beliau untuk bergerak selain lebih selesa apabila berbaring.
“Saya selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR akan cuba untuk menyediakan keperluan katil hospital untuk beliau.”
“Kerja kebajikan adalah sebahagian daripada program YBR dan saya akan cuba sebaik mungkin, termasuk memberi bantuan yang diperlukan, misalnya seperti kerusi roda, bekalan makanan dan sebagainya, bergantung pada keperluan tertentu mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan.
Baca lagi: YBR peruntuk RM30,000 bantu pelajar di Putatan
Mengulas lanjut, Jefferey berkata, melalui Program Ziarah YBR itu, bantuan dan sumbangan segera akan dapat diberikan kepada individu yang memerlukan alatan atau apa jua bentuk keperluan lain.
Untuk rekod sebelum ini YBR pernah memberikan alat bantuan pernafasan, mesin braile dan pelbagai alatan lain yang boleh membantu memudahkan pesakit daripada golongan kurang berkemampuan.
Salah seorang penduduk yang menerima bantuan YBR menzahirkan rasa syukur kerana ada pihak yang mengambil berat tentang mereka dan datang bertanya khabar.
‘’Saya berharap program ziarah seperti ini dapat lebih kerap diadakan agar dapat memberi manfaat dan mengambil cakna kepada golongan yang kurang berkemampuan seperti saya.
“Sumbangan yang diberikan menerusi program ini sangat bermakna buat saya dan keluarganya.’ katanya
Program ziarah ini telah dilaksanakan di beberapa lokasi di sekitar Putatan dan lebih tertumpu kepada goilongan asnaf, B40 dan juga mereka yang sedang dilanda musibah seperti sakit dan perlu dibantu.
Selain Program Ziarah, YBR juga melaksanakan program bantuan persekolahan seperti meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan pakaian dan peralatan sekolah.
Turut hadir dalam sesi penyerahan ini adalah Syaiful Rizal Abdul Ghani, Pengurus Besar YBR, serta Mohamad Ghazali Zainal Abidin, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

