Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Jefferey Nor Mohamed menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada 300 pelajar dalam kalangan murid B40 dan asnaf yang kurang berkemampuan di Putatan, hari ini.

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan sebanyak RM30,000 bantuan persekolahan kepada 300 pelajar dalam kalangan murid B40 dan asnaf yang kurang berkemampuan di Putatan, Sabah hari ini.

YBR dalam kenyataan memaklumkan, bantuan persekolahan itu adalah bagi persekolahan penggal kedua tahun 2022 dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Kasih Komuniti Sabah (COTERIE).

Menurut YBR, bantuan pendidikan kepada pelajar di Putatan itu telah disempurnakan Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Jefferey Nor Mohamed.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pemimpin Pemaju Masyarakat DUN Tanjung Aru, Mohamad Ridhuan Dato Aklee.

Dalam pada itu, Jefferey Nor berkata, penyerahan sumbangan itu bertujuan untuk membantu pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan terutama asnaf dan miskin bandar dalam memberi peluang mendapat pendidikan yang baik.

Baca artikel berkaitan: Waris pelajar YBR terima pampasan takaful RM12,564

Yayasan Bank Rakyat menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada 300 pelajar dalam kalangan murid B40 dan asnaf yang kurang berkemampuan di Putatan, hari ini.

Selain itu, beliau turut berharap inisiatif seperti itu dapat meringankan beban kewangan ditanggung ibu bapa dalam mengharungi pasca COVID-19 yang telah melanda seluruh negara.

“Misi YBR adalah membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan terutama masyarakat luar bandar, pedalaman dan miskin bandar.

“Diharapkan melalui inisiatif seperti ini, ia dapat meringankan beban ibu bapa yang terkesan akibat pandemik serta ekonomi yang melanda seluruh negara.

“Inisiatif bantuan pendidikan ini juga diharap menjadi pendorong kepada organisasi-organisasi lain untuk turut sama membantu dalam memberi bantuan tanpa mengira bentuk.

“Ia bukan sahaja membantu masyarakat malah membuktikan badan-badan korporat turut mengambil berat terhadap mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Setakat ini, seramai 26,502 pelajar telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3 juta.

Bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 itu bagi membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan untuk anak-anak dalam sesi persekolahan 2022/2023.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram