Kereta yang dinaiki warga emas terbabas ke dalam longkang di Kampung Sungai Jai, Semenyih. GAMBAR: Bomba

SEPASANG suami isteri warga emas cedera selepas kereta yang dinaiki terbabas ke dalam longkang di Kampung Sungai Jai, Semenyih, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 9.27 pagi.

Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 26 minit kemudian dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Bezza yang dinaiki sepasang warga emas berusia 72 dan 70 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak bomba membantu warga emas. GAMBAR: Bomba

Baca artikel berkaitan : Alphard terjun parit selepas bertembung lori pikap

Jelasnya, kemalangan berlaku sewaktu warga emas lelaki memandu dari arah Beranang ke Sungai Jai sebelum terbabas ke dalam longkang sedalam 1.5 meter.

Norazam berkata, kedua-dua mangsa telah terperangkap di dalam kereta sebelum dikeluarkan pihak bomba.

“Kedua-dua mangsa mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kajang bagi menerima rawatan”.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram