POLIS memburu pemilik kenderaan yang bertindak mengeluarkan senjata ke arah seorang penunggang motosikal di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan klip video memaparkan kejadian perselisihan faham antara dua individu terbabit pada pukul 12.15 tengah hari tadi.
Beliau berkata, pihak polis meminta individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan.
“Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Lelaki cedera parah dirempuh kereta
Jelasnya, sebarang maklumat boleh disalurkan di Ibu Pejabat Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

