Hitman Solutions, penganjur acara di Malaysia, bakal menpersembahkan satu lagi konsert Raisa: Live In Malaysia dan berjanji untuk menyampaikan malam ajaib yang menampilkan Raisa, bintang pop dan R&B Indonesia pada 20 November ini, pukul 8:30 malam di Zepp Kuala Lumpur.
“Sambutan luar jangka dan memberangsangkan yang diterima pada konsert Jubin Nautiyal: Live In Malaysia baru-baru ini telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia mempunyai keinginan yang besar untuk dihiburkan oleh artis antarabangsa.
“Kami berbangga, bersyukur, dan teruja menampilkan Raisa, bintang top di Indonesia untuk membuat persembahan buat pertama kali di Malaysia untuk semua peminatnya.
“Nama Raisa terkenal dalam industri muzik Indonesia, dan karya-karyanya telah mendapat perhatian yang ketara di negara kita. Pencapaian ini kerana beliau bukanlah penyanyi biasa. Suaranya yang merdu adalah ikonik dan mewakili gelombang baru balada, lagu pop dan jazz, serta muzik melankolik lain yang serupa,” kata Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions.
Raisa menjadi terkenal dengan single pertamanya, berjudul Serba Salah, daripada album sulungnya Raisa yang diterbitkan pada 2011.
Pada tahun berikutnya, dia memenangi anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Musik Indonesia (AMI) ke-15 dan Artis Wanita Baharu Terbaik di Anugerah Planet Muzik.
Sebagai seorang artist yang berbakat, Raisa terus menggilap kebolehannya dan telah memenangi beberapa anugerah muzik serta hati jutaan orang.
“Pembeli tiket boleh mengharapkan kira-kira 20 lagu hit Raisa selama dua jam konsert berlangsung dan diiringi oleh pemuzik profesional serta produksi audiovisual kami yang terkenal.
“Kami mempunyai jangkaan yang besar untuk konsert ini dan berharap semua orang merebut peluang ini,” tambah Rohit.
Sebagai tindak balas kepada inisiatif kerajaan Malaysia untuk menggalakkan penciptaan acara fizikal, Hitman Solutions bersungguh-sungguh dalam menganjurkan konsert-konsert yang epik.
Mereka berharap dapat merangsang perkembangan industri hiburan serta pelancongan Malaysia dan membuat pemulihan sepenuhnya daripada kesan buruk pandemik Covid-19.
Kategori tiket VVIP, CAT 3 dan CAT 4 habis dijual pada hari pertama, manakala CAT 1 (RM250 – Free Standing) dan CAT 2 (RM200 – Free Standing) masih lagi dibuka untuk jualan.
Bagi mereka yang belum mendapat tiket untuk menonton Raisa: Live in Malaysia, anda boleh membeli tiket di www.hitmanlive.com
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung konsert tersebut, sila hubungi Encik Keeran D (Hitman Solutions) at 012-887 0669.

