Lebih baik Chin Tong nasihat PH Selangor berkenaan banjir – Shahril Hamdan

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor, Liew Chin Tong disaran untuk menasihati Pakatan Harapan (PH) Selangor berhubung projek tebatan banjir yang diselubungi rasuah.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, nasihat itu perlu agar PH Selangor bertindak dengan segera agar peristiwa banjir di Nanding, Hulu Langat, Sri Muda dan Shah Alam tidak berlaku semula pada masa hadapan.

Tegas Shahril, Chin Tong perlu menasihati PH Selangor untuk membuat persediaan banjir berbanding hanya mengeluarkan kenyataan tidak berasas terhadap Kerajaan Johor.

“Tidak adil bagi Chin Tong menuduh Kerajaan Johor dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz meneruskan business as usual.

“Ini kerana kerajaan negeri telah mengumumkan pelbagai tindakan dari menaiktaraf pam air sedia ada, bina pam air baharu, menambah pembinaan wier di kawasan hulu, membina tembok penahan banjir dan meneruskan kerja pelebaran dan mendalamkan sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: Memang UMNO mahu menang kerusi, sama seperti parti lain – Shahril Hamdan

Mengulas lanjut, Shahril berkata, inisiatif itu bukan tindakan business as usual tetapi tindakan segera yang dibuat dengan pantas bagi mengurus banjir yang berlaku di Johor disamping mengurus situasi mencabar dengan krisis iklim.

Semalan, Chin Tong menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook beliau menempelak kerajaan Johor agar tidak meneruskan sikap business as usual dalam isu banjir dan perubahan iklim.

Menurut Chin Tong, kejadian banjir kilat kian buruk di sekitar Johor Bahru walaupun sejumlah RM41.6 juta daripada peruntukan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah dibelanjakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Ching Tong turut menggesa semua pihak berkuasa tempatan (PBT) bertindak secara serentak dan lebih terancang dalam menguruskan isu banjir yang semakin membimbangkan rakyat Johor Bahru.

Beliau juga meminta kerajaan negeri untuk menjelaskan setiap perbelanjaan yang telah dibuat bagi mengatasi isu banjir di Johor Bahru sebelum ini.

Katanya, warga Johor Bahru berhak mendapat maklumat lebih lanjut berkenaan perkembangan terkini isu banjir di Johor Bahru.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This