Proton X50 ceroboh tol AKLEH ditahan

Dari Penulis

SEBUAH kereta Proton X50 merupakan antara beberapa kenderaan ditahan pengurusan PROLINTAS kerana menceroboh tol dalam satu operasi dilakukan di Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) di Kuala Lumpur malam tadi.

Menerusi ciapan PROLINTAS AKLEH, pemandu Proton X50 itu dikesan mempunyai tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50.

“Hasil usaha mengesan penceroboh tol yang dijalankan secara kerap, beberapa kenderaan berjaya ditahan di Plaza Tol Dato Keramat, Lebuhraya AKLEH malam tadi.

“Salah sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol sebanyak RM57,50 dan amaun kerugian telah dikembalikan pada masa dan lokasi sama,” ciap PROLINTAS AKLEH.

Ciapan itu menambah, PROLINTAS terus giat menjalankan operasi mengesan penceroboh tol melalui pasukan operasi lebuh raya.

Tambahnya, ia bagi menahan pengguna tidak bertanggungjawab agar melangsaikan tunggakan bayaran tol.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This