PENYANYI Adira Suhaimi selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di sebuah hospital swasta, Sungai Buloh, Selangor, pukul 1 tengahari tadi.
Bayi seberat 3.5 kilogram itu merupakan anak keempat Adira hasil perkahwinannya dengan Datuk Seri Adnan Abu.
Adira,31, melahirkan rasa lega dan syukur atas kelahiran anaknya itu.
“Alhamdulillah.. pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan ‘mamai’ disebabkan kesan bius pembedahan.
“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu berada Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.
“Terima kasih untuk semua dan kini saya fokus untuk berpantang saja,” katanya kepada URTV.
Sebelum ini, Adira atau Siti Adira Suhaimi pernah menyuarakan hasrat untuk tidak lagi hamil selepas memiliki anak keempat.
Jelasnya, fokusnya kini hanya mahu membesarkan anak-anak dengan baik.
Untuk rekod, Adira dan Adnan bernikah di Songkhla, Thailand pada Disember 2015.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

