JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dan terpengaruh dengan iklan ‘Bantuan Lesen Memandu Percuma Buat Semua Golongan’ yang tular di media sosial.
JPJ dalam hantaran di Facebook menegaskan, iklan ‘Bantuan Lesen Memandu Percuma Buat Semua Golongan’ itu adalah palsu.
Menurut jabatan itu, pihaknya telah menerima laporan berkaitan tawaran tersebut melalui aplikasi WhatsApp.
“Menerusi iklan yang telah menyalahgunakan gambar Perdana Menteri itu, sindiket berkenaan mempromosikan lesen memandu percuma yang boleh didaftarkan melalui pautan https://www.motif.my/bantuan-lesen/.
“Bukan itu sahaja, orang ramai turut dipelawa untuk menyertai ‘group WhatsApp’ di pautan https://www.portalmalaysia.com/whatsappgroupbantuan, untuk memperdaya lebih ramai mangsa,” katanya dalam hantaran itu.
Baca artikel berkaitan: Had lesen memandu warga emas cadangan peribadi
Pada masa sama, JPJ memaklumkan memandang serius terhadap penipuan sindiket lesen terbang.
Katanya, siasatan lanjut berhubung perkara tersebut akan dilaksanakan.
“Ia termasuk membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan terpengaruh serta menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat serta sahih,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

