KJ buat lawatan mengejut, lulus peruntukan bangunan tambahan Klinik Kesihatan Dengkil

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) meluluskan peruntukan segera bagi pembinaan bangunan tambahan di Klinik Kesihatan Dengkil, Selangor.

Ia susulan lawatan dan pemeriksaan mengejut dilakukan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ke Klinik Kesihatan Dengkil itu, hari ini.

Menurut Khairy, peruntukan segera itu adalah untuk pembinaan bangunan tambahan klinik ibu dan anak.

Pada masa sama, beliau berkata, peruntukan itu juga untuk pembelian mesin ultrasound serta peralatan makmal seperti mesin bio-kimia.

“Walaupun perkhidmatan baik tapi kawasan sesak, waktu menunggu lama dan parkir tidak cukup.

“Saya meluluskan segera bangunan tambahan untuk klinik ibu dan anak; mesin ultrasound dan bio-kimia.

“Banyak pelaburan diperlukan untuk meningkatkan kesihatan primer,” katanya dalam ciapan di Twitter.

Baca artikel berkaitan: Pakai pelitup muka dalam kapal terbang tidak diwajibkan – KJ

Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan pembinaan bangunan tambahan itu hanyalah penyelesaian jangka pendek.

Jelasnya, beliau akan memohon kepada kerajaan untuk membina klinik kesihatan baharu.

“Setuju Dengkil perlu ada Klinik Kesihatan baharu. Bangunan tambahan cuma penyelesaian jangka pendek. Klinik kesihatan baharu akan dimohon jua.

“Seminggu dua lagi akan ada berita baik bagi warga Cyberjaya,” katanya.

Sebelum ini orang ramai di kawasan sekitar Dengkil meluahkan kekecewaan menerusi media sosial berhubung situasi kesesakan yang berlaku di Klinik Kesihatan Dengkil susulan peningkatan jumlah pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Fahmi kesal tindakan Chean Chung letak jawatan dalam PKR

KETUA Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung yang...

More Articles Like This