Hasrat mara ke minggu seterusnya terkandas, kumpulan Beduk tersingkir dalam Awesome Raja Lawak

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

MINGGU keempat Awesome Raja Lawak (ARL) menyaksikan kumpulan Beduk diumumkan sebagai peserta tersingkir dengan markah terendah, 55 peratus.

Menganggap bukan rezeki mereka untuk terus berjuang bersama peserta lain, namun Beduk tetap bersyukur berada di pentas ARL.

“Sejujurnya memang tidak memberi kesan apa-apa kepada kami. Sebelum buat persembahan, kami dah tinggalkan semua masalah dan hanya fokus di atas pentas saja.

“Kita dah buat yang terbaik. Kami kalah bermaruah sebab dah buat yang terbaik.

“Insya-Allah, selepas ini kami berdua akan teruskan untuk buat persembahan pentas. Untuk peserta ARL yang masih berjuang, kami akan tetap beri sokongan kepada semua.

“Hubungan kami dengan peserta ARL dah macam adik-beradik…sangat rapat. Mereka semua sangat berbakat,” ujar salah seorang anggota Beduk iaitu Amie Sharin.

Kumpulan Beduk tersingkir dengan jumlah markah terendah, 55 peratus

Kumpulan Soda pula diumumkan sebagai juara mingguan dengan markah tertinggi, 87 peratus.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Awesome TV, Johan Ishak gembira dengan prestasi dan energi luar biasa para peserta ARL untuk minggu keempat yang bangkit dengan penceritaan yang bagus dan relevan dengan perkembangan semasa.

Johan Ishak

“Dari segi keserasian juga semakin baik. Rata-rata peserta menunjukkan peningkatan dalam aspek penguasaan teknik bagi menyampaikan lawak dengan berkesan dan teratur.

“Bukan itu sahaja, idea segar yang dicurahkan juga menarik dan menyerlah. Ini terbukti
menerusi komen-komen positif yang dilontarkan oleh ketiga-tiga juri tetap (Saiful Apek, Ayda Jebat dan Khir Rahman) di mana rata-ratanya barisan peserta dianggap telah berjaya mempersembahkan sketsa bertaraf ‘final’ dan cukup berkualiti.

Tambah Johan lagi, dalam menghasilkan sesebuah ‘content’ khususnya genre komedi, elemen paling penting dalam membuat jenaka adalah idea.

“Manakala tiga perkara asas yang perlu dititikberatkan ialah mencari bahan atau idea, menyusun bahan tersebut dan cara menterjemahkan sesuatu bahan secara visual.

“Oleh itu, kreativiti yang dipersembahkan oleh para peserta untuk minggu keempat yang bertemakan ‘Loghat’ harus diberi kredit kerana usaha keras mereka ternyata menjadi.

“Ini bermakna, segala tip bimbingan, perkongsian ilmu serta teguran membina yang
diberikan oleh barisan juri dan mentor telah diproses dengan baik dan diambil sebagai
pembakar semangat kerana ia ternyata berjaya memberikan impak yang besar kepada
prestasi mereka.

“Walaupun rata-rata menerima komen positif dan markah yang tinggi oleh barisan juri
malam tadi, kami berharap agar setiap peserta tidak terlalu selesa dengan kedudukan
mereka kerana sukar untuk menduga persaingan di pentas ARL.

“Jika diteliti daripada minggu pertama hingga keempat, peserta berbeza yang menguasai tempat pertama. Ini menunjukkan apa saja kemungkinan boleh berlaku kerana ia bergantung
sepenuhnya kepada persembahan mana yang paling menonjol pada minggu tersebut,” jelasnya.

Ujar Johan, setiap peserta perlu meningkatkan kreativiti supaya dapat bersaing dengan lebih hebat untuk menempah tempat ke pusingan akhir kelak.

“Mereka perlu bekerja lebih keras untuk memperbaiki kualiti persembahan dan ‘content’ yang dihasilkan.

“Suka kami kongsikan di sini kejayaan program ARL yang telah berjaya mencatatkan jumlah
tontonan terkumpul sebanyak 10.2 juta sejak dari hari pertama ia bersiaran sehingga minggu kemepat.

“Besar harapan kami agar program ini dapat mengatasi rekod kejayaan yang lebih hebat daripada pencapaian mana-mana program lawak yang pernah diterbitkan sebelum ini. Malahan, pencapaian tontonan ARL di Awesome TV sudah pun melebihi daripada tontonan edisi Raja Lawak terakhir yang bersiaran 11 tahun dahulu,” kongsinya.

ARL ditayangkan secara langsung di Awesome TV (Astro 123) dan MyTV (112), pada setiap Rabu, pukul 9 malam.

Kedudukan Peserta ARL minggu ke-4

  1. Soda 87%
  2. Azhar 78%
  3. Sedare 75%
  4. Sesah 70%
  5. Semmat 69%
  6. Se’eh 67%
  7. Manja 66%
  8. Mabo 63%
  9. Hanif 63%
  10. Pelan 57%
  11. Beduk 55% – Tersingkir

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This