Tangkap layar rakaman memaparkan aksi dua pemandu bergaduh di persimpang SK Sri Gombak 2.

POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden dua pemandu bergaduh di persimpangan Sekolah Kebangsaan Sri Gombak 2, Batu Caves, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan dibuat oleh salah seorang pemandu berusia 57 tahun yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, pergaduhan bermula daripada pertengkaran mulut di antara pengadu dengan seorang pemandu kenderaan ekoran kesesakkan lalu lintas.

“Pergaduhan berpunca daripada kenderaan pengadu yang menghalang kenderaan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Gaduh di pusat hiburan Jalan Tun Razak, tiga lelaki ditahan

Noor Ariffin berkata, pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang melihat dan membantu meleraikan pergaduhan tersebut untuk tampil membantu siasatan.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Sarjan Nurul Syazleeyana Atarbacha di talian 03-61262222 atau 018- 9636942.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram