Seronok, penuh aktiviti dan berinteraktif. Itu gambaran yang dapat disimpulkan menerusi Program UPKK Final Countdown (UFC) anjuran sebuah pusat pendidikan Islam swasta – Hatimurni di Dewan Sri Hasmah, Rumah Puspanita Kuala Lumpur, 1 Oktober 2022.

Dihadiri lebih 300 pelajar tahun lima yang bakal menduduki Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK), peserta diberikan pendedahan teknik menjawab soalan untuk subjek-subjek UPKK seperti subjek Bahasa Arab, Sirah dan Ulum Syariah dan Jawi.

Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE) menyampaikan perkongsian tentang topik Ibu Bapa Cerminan Bagi Anak-Anak ketika hadir ke Program UPKK Final Countdown (UFC) anjuran sebuah pusat pendidikan Islam swasta – Hatimurni di Rumah Puspanita, Kuala Lumpur, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Menurut pengasas Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni, program ini dapat membina semangat dan keyakinan pelajar menjawab peperiksaan yang akan berlangsung pada 14 hingga 17 November ini.

“Program UPKK Final Countdown (UFC) kali ini merupakan kali kedua dianjurkan dan objektifnya untuk membantu pelajar tahun lima yang akan menduduki peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa) dengan ‘membedah’ soalan peperiksaan yang bakal dihadapi.

Pengasas Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni

“Kami dapati dengan modul yang dijalankan, pelajar lebih faham cara menjawab soalan dan secara tidak langsung dapat menyuntik semangat dan keyakinan menuju peperiksaan nanti menerusi aktiviti yang santai dan menyeronokkan,” jelasnya kepada UtusanTV.

Tambahnya lagi, ibu bapa turut diberikan pencerahan akan peri pentingnya sijil UPKK, bukan sekadar di atas kertas, namun ia merupakan ilmu sepanjang hayat.

Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE) dan Pengasas Pusat Pembelajaran Pendidikan Islam Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni (belakang, kanan) bergambar bersama sebahagian murid-murid ketika hadir ke Program UPKK Final Countdown (UFC) anjuran sebuah pusat pendidikan Islam swasta – Hatimurni di Rumah Puspanita, Kuala Lumpur, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Ramai ibu bapa diluar yang sebenarnya tidak memahami kegunaan sijil UPKK. Dan atas sebab itu, kami menggunakan pendekatan dengan mengadakan program bagi menjelaskan kepada ibu bapa kegunaan sijil UPKK untuk masa hadapan, untuk menjadi kayu ukur anak-anak.

“Sijil ini juga dapat membantu ibu bapa mendaftarkan anak-anak untuk belajar di sekolah menengah aliran agama. Kemudian kami susun beberapa modul dan diakhiri dengan Program UPKK Final Countdown (UFC) dan solat hajat bersama ibu bapa dan pelajar,” ulasnya.

Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE) menyampaikan perkongsian tentang topik Ibu Bapa Cerminan Bagi Anak-Anak ketika hadir ke Program UPKK Final Countdown (UFC) anjuran sebuah pusat pendidikan Islam swasta – Hatimurni di Rumah Puspanita, Kuala Lumpur, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sedar akan pandemik yang melanda menyebabkan segelintir pelajar ketinggalan apabila kelas hanya dijalankan secara atas talian. Dan atas sebab itu, Hatimurni mengambil inisiatif menyediakan strategi bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan.

“Kami mula menguruskan pelajar UPKK dari tahun 2012 dan dari situ kami kenalpasti apa strategi yang bagus supaya pelajar berjaya peroleh Mumtaz 8A. Dan pandemik yang melanda menyebabkan kami terfikir ada segelintir pelajar yang ketinggalan pelajaran dan bagaimana mereka akan hadapi peperiksaan?

Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE) bersama sebahagian murid-murid ketika hadir ke Program UPKK Final Countdown (UFC) anjuran sebuah pusat pendidikan Islam swasta – Hatimurni di Rumah Puspanita, Kuala Lumpur, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Dan syukur walaupun program pertama dilakukan secara dalam talian dengan disertai 1200 pelajar, respon dan keputusan yang diterima cukup memberangsangkan. Dan ini membuktikan ia satu modul yang bagus bagi membantu anak-anak yang lain dalam menghadapi UPKK,” jelasnya lagi.

Program ini turut diakhiri dengan perkongsian Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE) tentang topik Ibu Bapa Cerminan Bagi Anak-Anak. DUKE mengingatkan ibu bapa tentang penjagaan adab dan akhlak kerana anak-anak berpotensi meniru dan mengikuti perlakuan ibu bapa.

Dato Ustaz Kazim Elias (DUKE) menyampaikan perkongsian tentang topik Ibu Bapa Cerminan Bagi Anak-Anak ketika hadir ke Program UPKK Final Countdown (UFC) anjuran sebuah pusat pendidikan Islam swasta – Hatimurni di Rumah Puspanita, Kuala Lumpur, semalam. GAMBAR: Abd Razak Aid

Pusat Pendidikan Islam Swasta – Hatimurni telah ditubuhkan semenjak tahun 2007 oleh pengasasnya Ustazah Siti Khadijah Mohni dan suami, Ustaz Engku Ahmad Fadzil dengan fokus utamanya untuk membantu ibu bapa dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak dan penerapan adab dan akhlak Rasulullah SAW ke dalam diri anak-anak.

Hatimurni beroperasi di 3 pusat iaitu di Wangsa Maju, Setiawangsa dan Seksyen 7 Shah Alam. Hatimurni turut menawarkan kelas pendidikan agama secara dalam talian  yang bukan sahaja dihadiri oleh anak-anak di Malaysia malahan dari luar negara sehingga ke Dubai dan Qatar.

Untuk maklumat lanjut tentang kelas yang disediakan Hatimurni, boleh hubungi 019-6664225 atau 013-3044225.