KBS fokus industri e-sukan tahun depan – Ahmad Faizal

Dari Penulis

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan memberi fokus kepada pembangunan industri e-sukan menerusi Bajet 2023 yang dilihat berpotensi memberi pulangan besar kepada negara.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, meskipun prestasi e-sukan tidak memberangsangkan pada tahun ini, namun ia wajar diberikan keutamaan berikutan impak sukan itu yang menggalakkan.

“Kita mahu kembangkan industri e-sukan dan dalam masa sama kita lahirkan pemain bertaraf antarabangsa, kita perlu jalan seiring. Saya amat yakin memang ada peruntukan untuk e-sukan.

“Sebelum ini ia tidak dilakukan dengan serius dan tersusun jadi untuk tahun depan KBS akan memberi fokus utama kepada sukan ini untuk melonjakkan industri sukan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan KBS Trail Run ‘Love Nature for Our Future’ 2022 hari ini. 

Baca lagi: Tidak hanya e-sukan, Team Haq Esports Club jalin kerjasama rapatkan ukhwah

Menurut beliau, kementerian juga akan memberi fokus memperhebatkan sukan massa selain mengekalkan fokus kepada atlet berprestasi tinggi.

Mengulas mengenai program KBS Trail Run itu, Ahmad Faizal berkata ia merupakan permulaan yang baik untuk sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2022 yang akan berlangsung hujung minggu ini.

“Ini merupakan build up program kepada acara utama HSN 2022 dan saya harap kita dapat mencapai sasaran 4.5 juta penglibatan daripada seluruh rakyat pada kali ini,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This