PRU-14: Jangan terlalu fikir kuasa, kata Faizal Azumu

Dari Penulis

Fokus kepada persediaan dan perbelanjaan kerajaan sekiranya perlu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam tahun ini.

Itu penegasan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung kemungkinan PRU-15 diadakan awal tahun ini.

Jelas beliau, persediaan dan perbelanjaan kerajaan merupakan dua fokus penting yang perlu diutamakan berbanding keinginan sesetengah pihak yang hanya memikirkan soal kuasa.

“Perbelanjaan pasti akan meningkat sekiranya enam negeri tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Meskipun kenyataan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini adalah pandangan parti itu sendiri namun dua perkara tersebut harus menjadi pertimbangan jika mahu PRU15 diadakan pada tahun ini,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Baca lagi: PRU-15: Pas akan bincang semula bubar DUN di tiga negeri

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, Bersatu bagaimanapun sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya sama ada dilakukan pada tahun ini mahupun tahun hadapan.

“Tentunya kita dah tahu, kalau tak tahun ini, tahun depan pilihan raya dan tahun depan itu pun dah dekat. Persiapan telah kita lakukan.

“Saya yakin Bersatu yang menolak kemungkaran, salah guna kuasa, nak beri perkhidmatan kepada rakyat, memikirkan masalah rakyat, ekonomi dan sebagainya, saya yakin rakyat bersama dalam keadaan itu.

“Namun rakyat juga nak lihat kestabilan dalam pihak kami agar dapat menubuhkan kerajaan stabil pada masa akan datang.

“Kami yakin dapat lakukan perkara itu bersama rakan-rakan kongsi kami dalam Perikatan Nasional,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This