Bukan setakat flip flop urus negara, PRU pun sama? Shahril sindir Muhyiddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa bukan setakat flip flop berhubung soal mengurus negara tetapi juga berkaitan pendirian tentang pilihan raya umum (PRU).

Itu dakwaan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyindir Muhyiddin yang dilaporkan tidak bersetuju supaya PRU-15 diadakan ketika musim banjir.

Menurut Shahril, bulan lalu Muhyiddin cukup gah mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gagal mengurus ekonomi.

Jelas beliau, Muhyiddin juga berpandangan bahawa pilihan raya wajar diadakan.

“Katanya kalau esok PM (Perdana Menteri) bubar Parlimen, dia dah bersedia masuk gelanggang.

“Tiba-tiba bila UMNO putuskan bahawa pilihan raya wajar diadakan tahun ini, menteri PN pula hantar surat ke Istana Negara membelakangi Perdana Menteri selaku ketua kerajaan.

“Nampaknya Muhyiddin flip flop bukan setakat dalam bab mengurus negara dengan lockdown separuh masak tutup buka tutup buka tetapi juga berkaitan pendiriannya berhubung pilihan raya,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Manifesto PN PRU-15 rangkumi semua bidang penting – Muhyiddin

Mengulas lanjut, Shahril turut menyindir Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyatakan bahawa majoriti Jemaah Menteri memohon Perdana Menteri supaya PRU-15 tidak diadakan tahun ini.

“Satu kenyataan yang janggal apabila daripada 32 menteri Kabinet yang ada, hanya 12 hantar surat kepada Istana Negara.

“Jadi sekarang ini bagaimana Tan Sri Muhyiddin? PM dah hebat uruskan ekonomi? atau sebenarnya PN takut tidak akan mendapat sokongan rakyat?,” jelas beliau.

Kelmarin, PN bertegas dengan pendirian supaya PRU-15 tidak diadakan tahun ini memandangkan monsun Timur Laut akan bermula tidak lama lagi dengan banjir dijangka melanda negara terutama negeri di Pantai Timur.

Muhyiddin dilaporkan berkata, memilih untuk mengadakan pilihan raya ketika musim banjir akan menjejaskan perjalanan pilihan raya selain ia menyusahkan rakyat.

Katanya, kerajaan mesti memberi fokus kepada persiapan menghadapi musim banjir, di samping terus memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan proses pemulihan negara pasca pandemik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi Mindanao: Malaysia zahir ucapan takziah, sedia hulur bantuan kepada Filipina

KERAJAAN Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada Filipina susulan kejadian gempa bumi yang melanda kawasan luar perairan Sarangani,...

More Articles Like This