Culik guna Vellfire putih: Tiga penganggur ditahan, tiga lagi dituduh

Dari Penulis

TIGA orang penganggur yang dipercayai terlibat dalam insiden menculik seorang ahli perniagaan dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire, ditahan polis pada pukul 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, suspek masing-masing warga tempatan ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya.

Beliau berkata, suspek berusia 55 tahun mempunyai 14 rekod lampau dalam kesalahan jenayah dan dadah manakala suspek berusia 26 tahun mempunyai satu rekod jenayah.

“Suspek berusia 53 tahun pula tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut dirampas beberapa helai pakaian, telefon bimbit suspek dan sebuah kenderaan Toyota Camry yang digunakan semasa kejadian.

Baca artikel berkaitan : Culik guna Vellfire putih: Mat kilang, penjual sayur ditahan reman

Jelasnya, hasil saringan air kencing ke atas suspek adalah negatif dadah dan ditahan reman sehingga Sabtu.

Sementara itu, tiga suspek yang ditangkap sebelum ini telah dituduh dibawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

“Kesemua suspek mengaku tidak bersalah dan diberi jaminan RM4,000 setiap seorang,” ujarnya.

Mohamad Farouk berkata, salah seorang suspek mengaku tidak bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan diberi jaminan RM2,500.

Katanya, tarikh sebutan semula perbicaraan kes pada 14 Disember ini.

Terdahulu, UtusanTV melaporkan mangsa telah diculik sekumpulan lelaki dipercayai berpunca kerana masalah hutang.

Mangsa telah hadir ke Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya selepas dilepaskan suspek di kawasan Klang dan mengalami beberapa kecederaan luka di bahagian kaki dan muka akibat kejadian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Had usia 16 tahun: Kawal selia ditetapkan, elak pengesahan umur dimanipulasi

BEBERAPA langkah kawal selia telah ditetapkan termasuk pengesahan umur yang mesti disokong rekod rasmi kerajaan dan bukan sekadar pengisytiharan...

More Articles Like This