Tangkap layar rakaman klip video tular kejadian mangsa dibawa lari sekumpulan individu.

SEORANG pekerja kilang dan penjual sayur yang dipercayai terlibat dalam insiden menculik seorang ahli perniagaan dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire, ditahan polis pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, suspek masing-masing ditahan di sekitar Jalan Putra Sulaiman, Taman Dagang, 3 petang.

Beliau berkata, turut dirampas beberapa pakaian, telefon bimbit dan sebuah kenderaan Toyota Vellfire yang digunakan semasa kejadian.

“Semakan mendapati suspek berusia 40 tahun mempunyai tiga rekod lampau dalam kesalahan dadah, manakala seorang lagi suspek berusia 37 tahun mempunyai lapan rekod lampau dalam kesalahan dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Ahli perniagaan diculik Vellfire putih kerana masalah hutang

Jelasnya, saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek adalah negatif dadah.

Sehubungan itu suspek direman selama empat hari sehingga Khamis dan kes kini disiasat bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya dengan sulit dan salah.

Terdahulu, UtusanTV melaporkan mangsa telah diculik sekumpulan lelaki dipercayai berpunca kerana masalah hutang.

Mangsa telah hadir ke Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya selepas dilepaskan suspek di kawasan Klang dan mengalami beberapa kecederaan luka di bahagian kaki dan muka akibat kejadian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram