PELAKON Sharifah Sakinah menyangkal dakwaan mengenai dirinya yang dikatakan sedang hamil.
Menurut Sakinah, perutnya kelihatan buncit disebabkan terlalu banyak makan ketika bercuti di Dubai.
ARITKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah dah kahwin dengan jejaka Sweden, terpaksa ‘senyap’ sebab isu peribadi dan agama
“Saya tidak mengandung. Saya terlalu banyak makan ketika di Dubai,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.
Ketika ini, Sakinah dan suaminya sedang menikmati percutian di Dubai.
Terdahulu, spekulasi mengenai kehamilan itu mula timbul selepas suaminya, Michael Hansen bergurau dan memberitahu isterinya itu sedang hamil.
Ia berikutan, pelakon berusia 33 tahun itu memakai dress berwarna hijau ketat yang telah menampakkan perutnya yang buncit.
Malah, Sakinah sempat mengeluh dengan mengatakan “Oh my God perut saya!,”.

