Tip Belanjawan 2023: Bersedia untuk air surut

Dari Penulis

Tip # 7: Senario ekonomi 2023. Bagaimana Malaysia akan terkesan? Apakah tindakan Malaysia mengurangkan impak kelembapan ekonomi global?

Kelembapan ekonomi global 2023 kini menjadi topik hangat dalam kalangan ahli ekonomi. Semua institusi antarabangsa mengunjurkan kelembapan ini yang pasti mengesani Malaysia.

Di bawah adalah prestasi petunjuk makro ekonomi Malaysia sehingga suku kedua, 2022. Umumnya KDNK, Pengeluaran Industri dan Eksport dalam trend meningkat, trend pemulihan. Tiga petunjuk makro ini dirujuk oleh Menteri Kewangan (MK) dan Gobenor sebagai tanda pemulihan ekonomi Malaysia.

Saya lebih cenderung melihat trend positif ini sebagai ‘kesan air pasang’, manfaat dari pemulihan awal dalam kalangan negara maju pada tahun 2021. Bagus tetapi terdedah pada prestasi ekonomi global.

Air pasang global jelas akan surut pada tahun 2023. Carta sebelah kanan adalah unjuran global yang terkini untuk tahun 2023.

Bajet 2023 perlu mengenalpasti bagaimana Malaysia akan terkesan dengan kesan air surut global ini. Siapa dan sektor ekonomi yang mana akan terkesan? Bagaimana untuk mengelak atau mengurangkan kesan kelembapan ekonomi global ini.

MINDA UKM: Perlu ada rancangan awal. Bersedia untuk air surut.

BERSAMBUNG

PENULIS adalah Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif (MINDA-UKM). Beliau kini merupakan Sarjana Fulbright di Kennedy School, Harvard University, Amerika Syarikat


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

72 pekerja asing dicekup dalam serbuan medan selera di Johor Bahru

SERAMAI 72 pekerja asing ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan beberapa premis makanan di sekitar bandar raya Johor Bahru selepas...

More Articles Like This