YAYASAN Bank Rakyat memberi sumbangan RM100,00 buat 100 mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menerusi skim Bantuan Awal Pengajian.
Naib Canselor UNITEN, Profesor Ir Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata, 100 siswazah yang tergolong dalam golongan B40 itu akan menerima RM1,000 setiap seorang.
Beliau juga melahirkan penghargaan buat YBR kerana memilih UNITEN sebagai satu daripada universiti yang menerima bantuan tersebut.
“Keprihatinan YBR tidak terhenti pada pemberian sumbangan Bantuan Awal Pengajian sahaja malah pihak Pengurusan Tertinggi YBR telah meluluskan cadangan untuk mewujudkan kerjasama antara YBR dan UNITEN bagi Program Penajaan Pelajar Cemerlang ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan ACCA INternary dan Tahfiz.
“Secara keseluruhannya program penajaan ini akan melibatkan jumlah peruntukan maksimum sebanyak RM 1,034,406.00 bagi tempoh tiga tahun.
“Ini bermaksud YBR akan menaja seramai tiga orang pelajar setahun dengan peruntukan maksimum sebanyak RM 114,934.00 seorang.
“Jumlah keseluruhan pelajar yang akan ditaja ialah seramai sembilan orang,” katanya dalam Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara YBR dan UNITEN.
Baca lagi: Lebih 10 tahun sukar bergerak, YBR turun beri sumbangan
Sementara itu, Pengerusi YBR, Datuk Wira Megat Zulkarnain berkata, YBR sentiasa komited membantu golongan pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya berharap agar semua pelajar akan sentiasa memberikan yang terbaik dengan mengenepikan perkara-perkara yang tidak penting dan tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang tidak pasti” katanya.
Selain itu, beliau juga turut menyatakan keunikan program yang ditawarkan oleh UNITEN terutamanya program Ijazah Perakaunan dengan Tahfiz dan ACCA INternary telah menarik minat YBR untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama UNITEN.
Majlis menandatangani memorandum persefahaman itu diakhiri dengan sesi penyerahan mock cheque Program Penajaan Pelajar Cemerlang bernilai RM 1,034,406.00 dan Bantuan Awal Pengajian bernilai RM 100,000.00.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

