KEMENTERIAN Pengajian Tinggi menerima peruntukan sejumlah RM15.1 bilion dalam Belanjawan 2023.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, peruntukan itu membuktikan kerajaan komited untuk memastikan anak-anak Keluarga Malaysia belajar sehingga ke menara gading.
Jelas beliau, secara keseluruhan, sebanyak RM3.8 bilion diperuntukkan untuk biasiswa dan pinjama pendidikan bagi manfaat anak bangsa.
Katanya, atas keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, elaun sara hidup bagi pelajar Mara dan Petronas telah dinaikkan.
“Suka cita diumumkan kadar elaun sara hidup tajaan JPA, bagi pelajar dan pegawai dalam negara akan diseragamkan dan dinaikkan sebanyak RM100 sebulan kepada semua peringkat pengajian.
“Ini menjadikan elaun sara hidup tajaan JPA antara RM730 hingga RM980 sebulan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
Baca lagi: Belanjawan 2023: Kadar BKM meningkat
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

