Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini. GAMBAR IHSAN: Jabatan Penerangan

BERIKUT ialah intipati Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dipacu oleh 3R – Responsive, Responsible, Reformist atau Responsif, Bertanggungjawab, Reformis.

Ini adalah bajet kedua yang dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 Sept tahun lepas.

  • Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ditambah baik, beri manfaat kepada 8.7 penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion.
  • Kategori baharu BKM diperkenal, isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung lima anak atau lebih layak terima RM2,500.
  • Tawaran kredit e-dompet RM100 diberikan kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan bawah RM100,000 menerusi inisiatif e-Pemula M40.
  • Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan kepada 2 mata peratusan.
  • Pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi bayaran yusan taska dan tadika berdaftar dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2024.
  • Ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak tahun depan diberi bantuan tunai sekali bayar RM500 menerusi inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia.
  • Majikan yang menggaji belia menganggur lebih tiga bulan berumur 18 hingga 30 tahun diberi insentif penggajian di bawah Perkeso.
  • Kemudahan pinjaman RM305 juta disediakan melalui SME Bank, TEKUN, Mara, BSN dan Agrobank khusus untuk anak muda berniaga.
  • Kerajaan tanggung bayaran dapatkan lesen teksi, bas, e-hailing, ujian lesen motosikal kelas B2 untuk bantu kumpulan B40 khususnya belia jana pendapatan.
  • Inisiatif Pakej Remaja Keluarga Malaysia dilanjutkan sehingga April 2023 untuk rapatkan jurang digital dalam kalangan belia.
  • Kerajaan tanggung 80 peratus nilai caruman Perkeso untuk kurangkan beban golongan yang bekerja sendiri.
  • Had caruman sukarela KWSP dinaikkan kepada RM100,000 setahun.
  • Program i-Saraan dilanjutkan tahun depan, caruman padanan ditingkatkan daripada RM250 kepada RM300.
  • Jumlah had pegangan ASB dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 .
  • Kerajaan peruntukan lebih RM55 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi minimumkan kos sara hidup.
  • Program Jualan Murah Keluarga Malaysia diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta.
  • Insentif penggajian antara RM600 hingga RM750 sebulan selama tiga bulan akan dibayar kepada majikan yang mengambil OKU, Orang Asli, bekas banduan
  • dan wanita mengganggur bekerja.

BERITA BERKAITAN Menteri Kewangan bentang Bajet 2023 di Dewan Rakyat

  • Perkeso sedia bantuan mobiliti RM500 kepada individu dapat pekerjaan di luar negeri bermastautin, manakala RM1,000 untuk penghijrahan jarak jauh iaitu
  • dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya.
  • Tempoh perkhidmatan MySTEP sektor awam dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023, gaji dinaikkan RM100.
  • Kadar Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan kepada RM150, diberi kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.
  • Kadar Rancangan Makanan Tambahan di Semenanjung dinaikkan kepada RM3.50, manakala RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan berkuat kuasa bulan ini.
  • RM2.3 bilion diperuntukkan untuk sedia ruang pembelajaran kondusif dan selamat buat murid sekolah, peningkatan ketara berbanding RM1.7 bilion tahun ini.
  • Elaun Sara Hidup tajaan JPA bagi pelajar dan pegawai dalam negara diseragam dan dinaikkan RM100 sebulan bagi semua peringkat pengajian.
  • Diskaun 15 hingga 20 peratus untuk bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional bermula 1 November ini hingga 30 April 2023.
  • Inisiatif pas bulanan My50 diteruskan untuk kurangkan kos perjalanan warga Lembah Klang, beri manfaat hampir 180,000 pengguna.
  • Yayasan di bawah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan menaja sekurang-kurangnya 10 anak Orang Asli menyambung pelajaran di luar negara.
  • Hampir RM1 bilion disediakan khusus untuk warga emas, peningkatan ketara RM580 juta tahun lalu.
  • RM1.2 bilion disediakan khusus untuk OKU, Skim 1 OKU 1 Perniagaan diperkasa dengan mengecualikan bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan lesen
  • perniagaan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • RM10 juta disediakan bagi pemberian baucar perjalanan kepada OKU melalui perkhidmatan e-hailing.
  • Kerajaan sedia insentif bagi menubuhkan 50 taska OKU, Kementerian Kewangan rintis Pusat Panggilan Mesra OKU.

– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram