Enfiniti (M) Sdn Bhd kembali ke pentas teater muzikal dengan persembahan OLABOLA “I Cover You”. Produksi yang telah memenangi lapan Anugerah di 16th BOH Cameronian Arts Awards ini bakal menghangatkan panggung The Platform, Menara KEN TTDI untuk bermula 9 hingga 19 November depan.

Dicipta dan diarahkan oleh Puan Sri Tiara Jacquelina, OLABOLA “I Cover You” merupakan versi 90 minit yang lebih padat, dipenuhi aksi, dan mengasyikkan lagi dengan adanya interaksi bersama penonton.

Versi ini pada asalnya, merupakan versi jelajah untuk kempen Merdeka pada 2019 dan telah dipersembahkan kepada penonton di Pulau Pinang, Kuantan, Pahang, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Apabila ditanya mengenai perbezaan antara versi ini dan versi penuh (2 jam 50 minit) persembahan OlaBola The Musical di Istana Budaya pada 2018 dan 2019, Tiara berkata “Oh, sangat berbeza dengan versi penuh. Versi ini seolah-olah OLABOLA versi roller-coaster!.

“Sewaktu persembahan jelajah 2019, kami telah menyaksikan reaksi yang sangat luar biasa daripada penonton. Dari bermulanya jelajah tersebut, ternyata tahap adrenalin, emosi, dan keterujaan penonton di Malaysia terhadap bola sepak memang lain daripada yang lain.

“Setiap persembahan dibuka dengan interaksi penonton bersorak sepenuh hati dipimpin kumpulan sorak bola sepak Malaysia, Ultras Malaya, diikuti pula dengan semangat “takkan kalah” Harimau Malaya dalam sesi latihan ke
Sukan Olimpik 1980.

“Ini ditambah lagi dengan kemunculan Sarjan Ahmad, watak yang dibawa rapper terkenal Malaysia, Altimet, penonton terbawa sekali dalam penceritaan kisah pasukan bola sepak negara ini. Saya pasti, persembahan kali ini merupakan sesi “warm-up” yang sangat sesuai bagi penonton dan peminat bola sepak dalam menanti demam World Cup tahun ni,” katanya.

OLABOLA “I Cover You” ditonton lebih kurang 80,000 penonton di Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching disamping penonton “on-line” di seluruh dunia.

Ini merupakan kali pertama penonton di Kuala Lumpur akan mendapat peluang menonton versi yang lebih padat dan menarik ini.

Musim terhad versi 90 minit kali ini akan menyaksikan kembalinya pelakon-pelakon dari pementasan muzikal asal yang membawakan watak-watak kesayangan ramai.

Altimet sebagai Sarjan Ahmad, Brian Chan sebagai “Tauke” Chow Kwok Keong, Luqman Hafidz sebagai Ahmad Ali (Ali) dan Lim Jian Wen sebagai Ong Tiam Chai (Ah Chai).

Produksi dibawah Enfiniti ini diaptasi daripada filem dengan tajuk yang sama keluaran 2016, arahan Chiu Keng Guan, terbitan Astro Shaw, Golden Screen Cinemas dan Multimedia Entertainment Sdn Bhd.

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, mewakili pihak penerbit filem OlaBola, Astro Shaw, GSC dan Multimedia Entertainment, pihaknya rasa amat berbesar hati apabila karya mereka sekali lagi diangkat dan dikembangkan melalui platform berbeza.

“Sebagai pengkarya industri kreatif, kami sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak jika filem-filem lain terbitan kami di bawa ke pentas teater.

“Kami harap dengan kehadiran pementasan OlaBola “I Cover You” mampu merancakkan lagi industri pementasan
teater dan sekali gus menarik penonton untuk kembali menghargai seni teater selepas fasa pandemik,” ujarnya.

Sementara itu, apabila ditanya penglibatan Enfiniti dalam usaha membaik pulih industri pementasan
teater, Tira berkongsi, pihaknya sangat teruja untuk dapat melakukan pementasan ini setelah tiga tahun menyepi.
“Ini sebagai tanda sokongan dan meraikan pembukaan kembali industri teater tempatan. Seperti ramai yang sudah sedia maklum, pandemik Covid-19 telah meninggalkan impak yang sangat besar dan menyedihkan pada berpuluh ribu pekerja industri seni persembahan, selain lebih kurang 500 syarikat produksi, termasuk Enfiniti.

“OlaBola merupakan sebuah produksi “feel good” yang saya pasti, bakal menaikkan lagi semangat semua yang terkesan dengan pandemik ini. Kami juga berharap ia dapat membantu sedikit sebanyak dari segi mewujudkan peluang pekerjaan, setelah tiga tahun industri ini menyepi.

“Ia juga sebagai sesi “warm-up” yang paling bagus untuk persiapan penonton-penonton World Cup Qatar 2022 nanti.

“Peminat-peminat tegar OlaBola The Musical bakal menyaksikan babak-babak kegemaran mereka seperti pemainan bola sepak secara “LIVE” diatas pentas dan sesi latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi babak “I Cover You”,” katanya.

Terdapat hanya 500 tiket untuk setiap persembahan. Oleh itu dapatkan tiket-tiket anda sebelum terlepas!”

Ikuti perkembangan mengenai OlaBola “I Cover You” di laman Instagram dan Facebook rasmi @EnfinitiMY. Dapatkan tikat anda di laman web www.myticket.asia dan follow hashtag kami #AyuhMalaysiaku #OlaBolaMusical #ICoverYou #EnfinitiMakesMagic.