Salam takziah, bapa Nabil Ahmad meninggal dunia akibat komplikasi jantung

Dari Penulis

BAPA kepada pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad iaitu Ahmad Ismail meninggal dunia pada pukul 2 petang tadi di Hospital Serdang akibat komplikasi jantung.

Memetik laporan mStar, Allahyarham yang berusia 71 tahun itu telab seminggu dirawat di hospital berkenaan selepas keadaan kesihatannya yang kurang memuaskan.

“Arwah sebelum ini dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang pada Khamis minggu lalu.

“Bapa Nabil sudah lama menghidap penyakit jantung dan dimasukkan ke hospital disebabkan keadaannya semakin teruk.

“Jenazah masih berada di Hospital Serdang untuk proses seterussnya dan akan dibawa ke Masjid Kaariah Mambau, Negeri Sembilan untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Garam pada sebelah petang atau malam ini,” kata pengurus Nabil kepada mStar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This