Bajet 2023 tawar kaum wanita pelbagai jenis peluang – Shahrizat

Dari Penulis

BEKAS Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menyambut baik pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan semalam yang mengambil kira kepentingan kaum wanita dan keluarga Malaysia untuk pulih daripada kesan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, kaum wanita amat terkesan di masa COVID-19 dengan peningkatan kes-kes keganasan rumah tangga; keperluan lebih masa untuk menjaga anak-anak, ibu bapa dan ahli keluarga yang uzur sehingga ada yang terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka.

“Saya terharu dengan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam membentangkan Bajet yang mengambil kira gender, ia akan membantu kaum wanita dan keluarga-keluarga Malaysia pulih daripada musibah yang melanda kita selama dua tahun,” kata Bekas Ketua Wanita UMNO dan Barisan Nasional tersebut.

Shahrizat berkata, beberapa langkah seperti pelepasan cukai bagi wanita yang kembali bekerja, bantuan kewangan dan program latihan bagi usahawan wanita akan menggalakkan kaum wanita membina semula pembangunan diri dan membenarkan mereka untuk menyara keluarga.

BERITA BERKAITAN Bajet 2023 belanjawan bervisi, tidak minta rakyat ikat perut

Katanya, bajet tersebut juga memberi sokongan dalam penjagaan kanak- kanak, bagaimanapun, pelaksanaan efektif adalah komponen penting dalam membongkar potensi bajet dan akan menyokong pemulihan mampan yang disasarkan.

“Kepimpinan kuat diperlukan untuk memastikan ada mekanisme-mekanisme siap sedia untuk kaum wanita mengambil peluang-peluang dalam bajet ini – seperti menghubung mereka dengan peluang pekerjaan dan menggalakkan pihak majikan mengambil pekerja wanita.,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kerajaan perlu pastikan bantuan-bantuan sekali-bayar adalah sebahagian daripada pelaksanaan strategik untuk menyokong kaum wanita mencari pekerjaan, memperoleh pendapatan lebih, dan menjaga keluarga mereka dan juga diri mereka sendiri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 26 kondominium di Penampang

SEORANG lelaki ditemukan maut berhampiran lobi sebuah kondominium dipercayai terjatuh dari tingkat 26 bangunan itu di Penampang, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This