Projek tebatan banjir bolehkan HRPZ II beri perkhidmatan lebih efektif

Dari Penulis

PROJEK Tebatan Banjir Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ 2) di Kota Bharu dapat meningkatkan taraf kemudahan infrastuktur dan memastikan perkhidmatan kesihatan yang lebih efektif serta berkesan dapat diberikan ketika musim banjir, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, projek itu merangkumi beberapa skop utama iaitu pembinaan pagar konkrit, saliran air, serta lain-lain kerja mekanikal dan keelektrikan seperti sistem pam air dan sistem penghadang banjir.

“Sejumlah 14 pagar penghadang banjir dibina bagi tujuan menghalang kemasukan air ke dalam kawasan hospital.

“Kerajaan telah meluluskan projek ini di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) Rolling Plan Pertama (RP 1) dengan kos RM8 juta, dan projek ini adalah yang pertama dilaksanakan di fasiliti kerajaan sedia ada,” katanya.

Baca artikel berkaitan: KKM akan tambah baik insentif kepada penderma darah – Khairy

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Mencegah Banjir di HRPZ II, hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor.

Sementara itu Khairy berkata 60 ambulans baharu dengan kos RM24.3 juta akan ditempatkan di pelbagai fasiliti kesihatan di Kelantan.

“Sebanyak 20 buah ambulans akan ditempatkan di hospital-hospital manakala 40 buah ambulans lagi akan ditempatkan di Klinik Kesihatan. Kesemua ambulans ini akan dibekalkan secara berperingkat mulai tahun depan,” katanya.

Beliau berkata seunit mesin Echocardiography dan mesin Video Assisted Thoracoscopic Surgery (VATS) RM1.69 juta ditempatkan di HRPZ II bagi mengurangkan kes-kes rujukan dan membolehkan pesakit dirawat di hospital ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This