N9 atau Lembah Klang, Khairy terbuka mana-mana kerusi Parlimen

Dari Penulis

AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata beliau terbuka untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, ramai pemimpin tempatan yang menawarkan kerusi Parlimen kepadanya, namun semua itu diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO untuk menentukan kedudukannya.

“Saya orang parti, macam-macam pemimpin tempatan tawarkan kerusi kepada saya. Saya terbuka untuk bertanding di mana-mana sama ada di Negeri Sembilan atau Lembah Klang.

Baca artikel berkaitan: Walau dianiaya, dipulaukan, saya tetap UMNO! – Khairy Jamaluddin

Khairy sahkan tidak bertanding di Rembau, beri laluan kepada Tok Mat

“Setakat ini kedudukan saya (untuk) bertanding di kerusi mana masih belum diputuskan,” kata Menteri Kesihatan itu kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Mencegah Banjir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), hari ini.

Pada PRU-14 lepas Khairy memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan menewaskan pencabarnya dari parti PAS dan PKR dengan memperoleh 36,096 undi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This