Terima kasih seluruh Keluarga Malaysia – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh Keluarga Malaysia yang memberi sokongan dan dukungan sepanjang tempohnya menjadi ketua kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, ia merupakan amanah dan tanggungjawab besar yang dipikulnya.

Lebih-lebih lagi, kata beliau, pada saat beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021, negara diselubungi trilema; pandemik COVID-19 yang sedang mengganas ditambah pula dengan kelesuan ekonomi dan politik yang bergelora.

Meskipun diasak pelbagai cabaran, tohmahan dan fitnah, Perdana Menteri berkata, kerajaan tetap andal menghadapi mehnah dan tribulasi dalam perjuangan membawa negara ke landasan pemulihan kesihatan, politik dan ekonomi.

Jelasnya, usaha tersebut demi memulihkan kesejahteraan hidup Keluarga Malaysia dan kemakmuran negara.

“Kerajaan ini bertanggungjawab dan sentiasa membuat perancangan teliti dalam semua perihal. Ketika negara berhadapan krisis kesihatan misalnya, kerajaan meletakkan kepentingan Keluarga Malaysia di atas segala-galanya.

“Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dan seluruh Keluarga Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan ampuh dalam membantu kerajaan membendung penularan COVID-19.

“Di atas kejayaan tersebut, Malaysia telah melangkah memasuki fasa peralihan ke endemik pada tanggal 1 April 2022 yang membolehkan pembukaan semula sempadan negara selepas lebih dua tahun ditutup.

Baca artikel berkaitan: Parlimen sah dibubarkan berkuat kuasa hari ini – PM

“Justeru, kita sepatutnya sama-sama berkongsi rasa bahagia dan bangga apabila negara berjaya keluar daripada pandemik bahkan Malaysia diiktiraf sebagai negara yang terbaik di Asia Tenggara dalam mendepani cabaran COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas sempena pembubaran Parlimen yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara menerusi siaran televisyen dan media dalam talian pada pukul 3 petang tadi.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, keberhasilan usaha dilakukan kerajaan itu sekali gus menyaksikan pembukaan semula pintu ekonomi dan merancakkan kembali aktiviti pelbagai sektor.

Katanya, ia merupakan bukti kukuh komitmen kerajaan dalam usaha menangani pandemik serta menarik balik sekatan pergerakan yang menjejaskan kehidupan seharian.

“Pun begitu, pemulihan kesihatan dan ekonomi yang terus mengukuh ini, tidak terkecuali daripada berdepan ketidaktentuan politik yang terus menggugat kestabilan.

“Umpama peribahasa: empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit,” jelas beliau.

Parlimen sah dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas Perdana Menteri memaklumkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, tengah hari semalam bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.

Susulan itu, Perdana Menteri mengesyorkan semua Ketua Menteri dan Menteri Besar, kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Langkah itu, kata beliau, bagi memberi laluan supaya pilihan raya negeri (PRN) dan PRU dapat diadakan serentak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun beberapa negeri telah memutuskan tidak membubarkan DUN masing-masing.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan perkukuh komitmen lindungi kesihatan mental rakyat

KERAJAAN MADANI memperkukuh komitmen dalam melindungi keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan mental rakyat melalui Sesi Persidangan Meja Bulat (Round Table...

More Articles Like This