Pembubaran noktahkan suara ratib keabsahan kerajaan – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMBUBARAN Parlimen berkuat kuasa hari ini sekali gus menoktahkah segala suara-suara ‘sumbang’ yang meratib keabsahan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk suara-suara bahawa kerajaan yang mentadbir ketika ini sebagai ‘kerajaan pintu belakang’ dan ‘kerajaan tebuk atap’.

Dalam perutusan khasnya sebentar tadi, Perdana Menteri berkata, mandat kini dipulangkan kepada rakyat untuk memilih kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kata beliau, proses tersebut berlandaskan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sebagai pasak pemerintahan sejak negara mencapai kemerdekaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR: Abd Razak Aid

“Diindang ditampi beras, dipilih antah satu-satu. Dengan pengumuman ini, mandat akan dipulangkan kepada rakyat.

“Mandat rakyat adalah penawar ampuh bagi negara menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan kerajaan teguh, stabil serta dihormati selepas PRU-15.

“Semoga rakyat menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk memilih kerajaan yang mampu meneruskan pelaksanaan Bajet Keluarga Malaysia 2023; mengekalkan kestabilan politik; memulih dan mengukuh ekonomi serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan Keluarga Malaysia yang berbilang agama, kaum dan etnik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas sempena pembubaran Parlimen yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara menerusi siaran televisyen dan media dalam talian pada pukul 3 petang tadi.

Baca artikel berkaitan: Parlimen sah dibubarkan berkuat kuasa hari ini – PM

Dalam ucapannya selama kira-kira 17 minit itu, Perdana Menteri berkata, beliau sudah menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, tengah hari semalam bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.

Beliau memaklumkan, telah menyembah warkah permintaan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai pembubaran Parlimen.

Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri memberitahu, Yang di-Pertuan Agong telah bertindak dengan budi bicara Seri Paduka untuk memperkenankan permintaannya supaya Parlimen Ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022.

Susulan itu, Perdana Menteri mengesyorkan semua Ketua Menteri dan Menteri Besar, kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Langkah itu, kata beliau, bagi memberi laluan supaya pilihan raya negeri (PRN) dan PRU dapat diadakan serentak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meskipun beberapa negeri telah memutuskan tidak membubarkan DUN masing-masing.

Sebagai rekod, beberapa negeri iaitu Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor telah pun selesai mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing.

Tiga negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pula dilaporkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing tidak akan dibubarkan sehingga tahun hadapan.

Perkara sama dibuat negeri di bawah pentadbiran Pas iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This