Asyraf tegur Anwar, bubar parlimen kuasa Agong

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KUASA untuk membubar parlimen terletak pada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Itu teguran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pembubaran parlimen.

Menurut Asyraf, kenyataan Anwar bahawa UMNO tiada hak untuk menentukan tarikh pembubaran parlimen adalah tidak tepat.

Asyraf berkata, beliau bagaimanapun bersetuju dengan kenyataan Anwar yang UMNO tiada majoriti dalam kerajaan.

“Itu sebab kerajaan tidak stabil dan ugut mengugut berterusan berlaku. Kemuncaknya, apabila 12 Menteri Perikatan Nasional (PN) (Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pas) mengutuskan warkah kepada Agong mendahului dan menyanggah Perdana Menteri. 

“Itu dengan sendirinya memberikan isyarat jelas kepada Agong bahawa kerajaan tidak lagi boleh berfungsi dengan baik untuk rakyat kerana tidak pernah berlaku perutusan warkah sebegitu rupa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: Sempat buat PRU sebelum banjir jika parlimen dibubar Oktober – Asyraf

Mengulas lanjut, Asyaf berkata, Agong sebagaimana kenyataan media pihak Istana kelmarin, menggunakan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan untuk membubarkan Parlimen.

Jelas Asyraf, langkah itu adalah bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang lebih stabil.

“Bukankah Anwar dan Pakatan Harapan (PH) juga selalu ratib kerajaan pintu belakang dan bukan mandat rakyat? 

“Bila diserahkan kembali mandat kepada rakyat, kenapa pula datang dengan 1001 alasan untuk tidak mahu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)?,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This