Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki GAMBAR: Abd Razak Aid

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) dlihat mempunyai kemampuan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebelum musim banjir nanti.

Perkara itu menurut Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi  Dusuki boleh dilakukan sekiranya parlimen dibubarkan pada awal Oktober ini.

Jelas beliau, SPR mampu mengadakan PRU sebulan selepas parlimen dibubarkan seperti yang berlaku pada PRU-14.

“Jika ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dijadikan sandaran, maka PRU masih boleh diadakan sebelum banjir besar penghujung November.

“Ramalan JMM (yang menjadi nas utama masa kini) boleh menjadi landasan yang paling kuat supaya dewan boleh dibubar awal Oktober terutamanya 7 sehingga 10 Oktober 2022.

“Umpamanya jika dibubar pada awal Oktober 2022, maka PRU-15 dapat dan sempat dibuat pada awal November 2022 , iaitu dua hingga tiga minggu sebelum ramalan hujan lebat,” katanya dalam kenyataan.

Baca lagi: SETUJUKAH anda PRU15 diadakan ketika musim banjir?

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, beliau sedia maklum mengenai desakan ramai pihak untuk menangguh PRU-15 kerana membahayakan nyawa rakyat sekiranya diadakan ketika musim banjir.

Jelasnya, beliau juga bersetuju bahawa PRU-15 wajar ditangguhkan jika banjir benar-benar berlaku.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram