Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah di Perlis, ditunda

Dari Penulis

KONSERT Canggung Datuk Jamal Abdillah yang sepatutnya berlangsung pada 29 Oktober ini di Dewan 2020, Kangar, Perlis ditunda pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Menurut Fadzil Teh yang juga penerbit Zeel Productions dan penganjur konsert berkenaan, keputusan tersebut terpaksa dilakukan selepas pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kami memohon maaf atas kesulitan dan mengucapkan jutaan terima kasih buat rakan media yang membantu meuar-uarkan berita mengenai konsert ini.

“Sehubungan itu, kepada semua pembeli tiket anda boleh membuat tuntutan bayaran semula dengan menghubungi nombor diberikan,” katanya.

Pihak penganjur juga mengambil keputusan untuk menangguhkan konsert ini antara Disember 2022 hingga pertengahan Januari 2023.

Konsert sulung yang juga buah tangan pertama Zeel Productions itu dibuat bagi memartabatkan budaya negeri Perlis sekali gus memperkenalkan lagi kepada masyarakat yang masih belum tahu.

Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah turut menampilkan barisan penyanyi jemputan lain seperti Khai Bahar, Wany Hasritq, Amir Masdi, Aweera dan Amelina.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This