POLIS kini memburu seorang lelaki lagak samseng yang bertindak meludah cermin kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian berlaku di persimpangan Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur.
Katanya, mangsa berusia 26 tahun membuat laporan pada pukul 2.30 petang tadi.
Beliau berkata, mangsa telah dihalang oleh suspek yang turut memandu Perodua Myvi ketika menghala ke Jalan Dewan Bahasa.
“Suspek berbangsa India berusia 20-an telah mengekori, memotong dan memberhentikan kenderaan secara mengejut di hadapan mangsa.
“Suspek yang tidak dikenali itu telah turun dari kereta sambil memarahi mangsa sebelum bertindak meludah kenderaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Amihizam berkata, pihaknya telah merakam percakapan mangsa dan sedang mengesan suspek terbabit menerusi nombor pendaftaran kereta yang digunakan.
“Motif kejadian masih dalam siasatan,” ujarnya.
Baca artikel berkaitan : Samseng pecah cermin kereta wanita hilangkan diri diburu polis
Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya melaporkan sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan kegusaran dan mengancam keselamatan masyarakat
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

