Penduduk, pelawat diminta waspada situasi banjir di Langkawi – Tun M

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PENDUDUK di Langkawi diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan situasi peningkatan paras air akibat banjir kilat yang membimbangkan di kawasan sekitar.

Ini selepas media melaporkan, lebih 31 kawasan di Langkawi terjejas akibat daripada hujan lebat berterusan sejak awal pagi Ahad.

Susulan itu, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpesan agar penduduk termasuk pelawat sentiasa hati-hati dan elakkan berada di lokasi berbahaya.

“Saya baca laporan bencana yang berlaku di Langkawi semalam, keadaan ini membimbangkan, saya harap penduduk dan pelawat di Langkawi berwaspada.

“Elak diri dari bahaya, hari ini saya pulang ke Langkawi untuk lihat sendiri keadaan di sana,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Langkawi banjir, paras air Sungai Melaka bahaya

Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam perkongsian di Facebooknya menasihatkan penduduk di Langkawi berjaga-jaga disebabkan peningkatan paras sungai.

Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain turut dilapor berkata, paras dua sungai di pulau itu merekodkan bacaan melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Melaka, Bukit Kemboja dan Sungai Melaka, Padang Mat Sirat.

Pada Ahad juga, seramai 43 pendaki dan seorang jurupandu yang sedang melakukan aktiviti mendaki di kawasan rekreasi air terjun Telaga Tujuh, berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.35 pagi semua mereka sedang dalam perjalanan untuk turun dari bukit.

Semua mereka kemudian diselamatkan pasukan bomba.

Sehingga jam 8 malam tadi, sebuah PPS dibuka di Dewan Syifa, di Padang Mat Sirat, menempatkan 37 mangsa banjir membabitkan 10 keluarga dari Kampung Atas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This