[VIDEO] Silibus yang ada bukan dibuat Radzi Jidin – Radzi Jidin

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menegaskan yang silibus pembelajaran yang ada ketika ini bukan dibuat secara tiba-tiba oleh beliau.

Sebaliknya, tegas Radzi, silibus pembelajaran itu  telah bermula sejak 2017 dan perangkaannya telah dilakukan lebih awal daripada waktu itu.

Menurut Radzi, setiap pelaksanaan bagi mana-mana silibus memang melibatkan pelbagai peringkat jawatankuasa.

“Ada ahli-ahli politik diluar sana, bila dekat dengan pilihan raya, mereka cuba untuk mempolitikkan isu silibus.

“Kalau nak politikkan silibus ini saya boleh bercerita panjang yang mana sejak 2017 hingga ketika ini, ia melibatkan kerajaan Barisan Nasional (BN), 2018 Pakatan Harapan (PH) dan sebagainya.

“Tetapi kita tidak mahu perkara ini dipolitikkan kerana sistem pendidikan negara perlu dijauhkan dari politik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran inisiatif reading progress di sekolah di Shah Alam, Hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memyerahkan Headset kepada salah seorang warga pendidik ketika hadir ke Majlis Pelancaran Inisiatif Reading Progress Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca lagi: Saya tidak pernah tutup ruang untuk guru bagi pandangan, kata Radzi Jidin

Mengulas lanjut, Radzi berkata, tindakan menukar silibus secara kerap akan menyebabkan murid dan guru mengalami kesukaran dalam pembelajaran serta pengajaran.

Katanya, kaedah penggunaan silibus ketika ini adalah dengan mengkaji keberkesanannya selepas selesai satu pusingan.

“Satu pusingan ini bermaksud apabila murid itu masuk darjah satu dengan silibus tersebut, dia akan habis darjah enam dengan pendekatan silibus yang sama.

“Sebab itu kelompok darjah satu 2017 adalah merupakan kohort pertama silibus itu dan mereka pada waktu ini berada pada tahun enam.

“Jadi, silibus 2017 selesai pusingannya pada tahun ini untuk sekolah rendah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This