PEMIMPIN Melayu yang berperanan sebagai broker atau ejen sehingga menyebabkan banyak tanah orang Melayu tergadai disifatkan sebagai pengkhianat bangsa.
Sikap tidak bertanggungjawab dan hanya memikirkan tentang kantung sendiri itu dipercayai menjadi punca mengapa banyak kampung tradisional Melayu semakin menghilang.
Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Tan Sri Dr Yussof Latiff berkata, mereka ini wajar dikenakan tindakan tegas kerana telah menyebabkan sejarah dan warisan negara hanya tinggal sekadar nama sahaja.
“Saya ingin merumuskan supaya orang-orang Melayu jangan berbalah sesama sendiri, sebaliknya hendaklah muafakat untuk menegakkan kampung Melayu yang ada.

“Jangan ada lagi broker Melayu yang menjual tanah Melayu, perbuatan ini perlu disedarkan untuk diambil tindakan tegas, mereka sebenarnya pengkhianat bangsa Melayu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Siri Randau Ke-15, MPM bertemakan ‘Api Dalam Sekam’, hari ini.
Yussof berkata, selain masalah broker, kemiskinan juga menjadi antara sebab orang Melayu menjual tanah milik mereka.
Katanya, menurut kajian Pensyarah Kanan Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk, purata pendapatan perkapita kumpulan etnik pada 2004 menunjukkan kaum Bumiputera memperoleh RM2,856.
Jelasnya, pendapatan perkapita itu nyata jauh jika mahu dibandingkan dengan kaum Cina yang memperoleh sekitar RM4,268.
“Maka ramai orang Melayu di bandar berada dalam kategori miskin tegar. Orang Melayu juga mudah ditipu oleh banyak perkara.
“Mereka mudah ditipu dengan kilauan wang sehingga tidak dapat memikirkan tentang masa depan keluarga dan bangsa,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya sebuah Bank Tanah dapat diwujudkan dalam kadar segera.
Katanya, ia akan memainkan peranan sebagai pembeli tanah-tanah orang Melayu dalam usaha menghalangnya jatuh ke tangan pihak lain.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

