Dua wanita warga Myanmar ditemui menyorok dalam lubang sempit 4X4

Dari Penulis

CUBAAN dua wanita warga Myanmar untuk seludup masuk ke Thailand gagal selepas mereka ditemui menyorok di dalam satu ruang khas di bawah lantai kargo sebuah pacuan empat roda.

Memetik laporan Thaiger, kedua-dua mereka ditemui dalam keadaan terbaring selepas pihak polis melakukan pemeriksaan secara teliti ke atas kenderaan tersebut.

Mereka ditahan di tepi jalan di wilayah utara Tak, Thailand, kelmarin.

Difahamkan, pihak polis Thailand mendapat maklumat mengenai kenderaan tersebut yang cuba menyeludup masuk wanita terbabit menyeberangi sempadan Myanmar ke Thailand.

Polis berjaya menahan kenderaan terbabit di Jalan Mae Sot- Amphoe Muang Tak dan ketika pemeriksaan tiada kelibat orang yang cuba diseludup hanya dua lelaki warga Thailand yang merupakan pemandu serta penumpang.

Baca artikel berkaitan : Azab tiga wanita PATI dalam bonet berakhir di lokap polis

Bagaimanapun, polis kemudian melakukan pencarian menyeluruh ke atas kenderaan tersebut kerana mempercayai maklumat yang diberikan.

Mengulas lanjut, anggota polis bertindak mengangkat pelapik pada ruang kargo belakang sebelum menemukan satu pintu pada bahagian lantai.

Polis bertindak membuka pintu ruangan tersebut dan menemui dua wanita berpelitup muka terbaring di dalam satu ruang kecil.

Siasatan mendapati dua wanita terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen sah dan masuk ke Thailand bagi tujuan mencari peluang kerja.

Malah, dua lelaki terbabit juga mengaku menyeludup warga asing dan akan dihukum mengikut undang-undang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MARA perluas warden bekas tentera ke semua MRSM – Asyraf Wajdi

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan pengambilan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas anggota tentera di semua 58 Maktab...

More Articles Like This