PIHAK polis mengesahkan telah menerima satu laporan kejadian buli membabitkan tiga orang murid memukul seorang rakan mereka di dalam kebun kelapa sawit di Banting, Selangor.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, kesemua pelajar terbabit telah dipanggil dan keterangan mereka dirakamkan berkaitan kejadian yang berlaku.
Menurutnya, ini selepas seorang wanita melaporkan kes anak lelakinya dibuli kepada pihak polis.
“Polis mengesan klip video berdurasi 55 saat yang dimuat naik di dalam media sosial semalam, menunjukkan seorang murid berusia 13 tahun telah diganggu oleh beberapa rakan.
Baca artikel lain: 42 kes buli di sekolah di Perak sejak Januari hingga Julai
“Malah satu laporan polis telah diterima daripada seorang perempuan warga tempatan berumur 40 tahun yang merupakan suri rumah mengatakan anak lelakinya telah dibuli oleh tiga pelajar lelaki semasa berada di sekitar kawasan Banting,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, ketika kejadian mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu kesakitan pada pipi akibat dipukul.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

