Cadangan sistem bersepadu MPN salur bantuan tingkatkan kecekapan, kecepatan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PASTIKAN setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga adalah kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berbekas di sanubari rata-rata rakyat Malaysia.

Ianya dikeluarkan ketika beliau cuba mententeramkan negara dan rakyat yang pada ketika itu berdepan saat sukar dengan masalah pandemik COVID-19.

Nasib rakyat memiliki tempat yang istimewa di hati Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu, saban hari ada sahaja buah fikiran dikemukakan demi membela mereka.

Terbaharu, beliau mencadangkan pembangunan satu sistem bersepadu untuk memudah cara proses penyaluran bantuan kepada rakyat.

Melalui cadangan ini, data-data mereka yang layak menerima bantuan termasuk subsidi disepadu dan diselaraskan ke dalam satu sistem sama.

Buat pengetahuan, ketika ini, hampir kesemua kementerian dan agensi kerajaan menyediakan bantuan kepada mereka yang terjejas namun masalahnya masih terdapat ketirisan.

Malah, dalam kes-kes tertentu, ada di antara pihak yang menerima bantuan dari dua atau lebih agensi kerajaan.

Justeru, bimbang masalah terus membarah, satu tindakan pembetulan perlu difikirkan dan diambil tindakan segera oleh MPN untuk dicadangkan kepada kerajaan.

Baca artikel lain: Muhyiddin pertahan Parlimen Pagoh PRU-15

Ini sekali gus mengoptimumkan penggunaan kewangan negara yang amat kritikal pada ketika ramalan bakal berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun hadapan.

Dalam masa sama, membolehkan kementerian atau agensi kerajaan terbabit memberi tumpuan kepada tugas hakiki dan perkara ini sudah pasti akan meningkatkan mutu serta kualiti kerja mereka.

Namun apa yang penting jumlah mereka yang tiris dikurangkan khususnya dalam kalangan masyarakat pedalaman seperti Orang Asli serta peribumi Sabah dan Sarawak yang turut dahagakan perhatian kerajaan.

Inti pati penting yang cuba disampaikan menerusi cadangan ini adalah, kerajaan sebagai tempat rakyat bergantung harap perlu memastikan bantuan dilaksanakan dengan cepat dan cekap.

Rakyat yang terkesan perlu dibantu segera, elakkan sebarang perkara atau masalah boleh membebankan mereka antaranya karenah birokrasi.

Hakikatnya, secara tersirat, hala tuju idea ini sangat besar iaitu meningkatkan momentum pemulihan negara ke suatu tahap yang lebih tinggi.

Apabila sistem pengumpulan data cekap maka jumlah rakyat yang dibantu akan meningkat sekali gus menangani jurang ekonomi dan kemiskinan yang semakin melebar negara ini.

Selain itu, sistem bersepadu ini boleh dijadikan sebagai mekanisme yang berfungsi sebagai jaringan keselamatan sosial dalam mengenal pasti bantuan jangka masa pendek, sederhana dan panjang kepada golongan sasar.

Malah, sistem ini mampu berfungsi menyusun semula segala bentuk manfaat yang layak diterima oleh rakyat sejak dari lahir sehingga akhir hayat menerusi data rentas agensi.

Maka, dapat dirumuskan bahawa cadangan ini wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan oleh kerajaan memerintah pada masa hadapan.

Ianya bukan sahaja meningkatkan kecekapan dan kecepatan dalam aspek penyaluran bantuan malah mengurangkan masalah ketirisan serta pembaziran wang kerajaan.

Tolak ketepi dulu perihal politik partisan kerana apa yang penting kini adalah masalah rakyat terbela dan jangan khianati tanggungjawab setelah diberikan amanah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Anda tak nak duduk semeja dengan DAP, teruskan keangkuhan kamu’ – Loke

DAP menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk tidak bekerjasama dengannya jika diberi mandat semula membentuk kerajaan negeri pada...

More Articles Like This