BERMULA dengan berniaga pelbagai barangan silver di pasar malam, beliau kini dia boleh berbangga apabila mampu memiliki dua cawangan kedai emas
Mimiey D’ Jewels iaitu di Pekan dan Kuantan.
Memiliki Ijazah Jurusan Seni Reka Logam Halus dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Nur Syamimi Rosli, 33 mula terbabit menghasilkan barangan hiasan lelaki dan wanita sejak 2013 dengan modal RM3,000.
Menurutnya, selain menghasilkan barangan hiasan daripada emas, perak dan suasa dia turut menyediakan perkhidmatan menjual serta membeli emas terpakai. Perkhidmatan lain yang turut disediakan ialah membaiki barangan rosak dan mencuci.

“Kemahiran dan pengalaman yang saya miliki dibantu kakitangan membolehkan saya menerima tempahan pelbagai barangan perhiasan lelaki dan wanita yang diperbuat daripada emas, suasa dan perak.
“Saya menerima tempahan daripada semua peringkat masyarakat termasuk kerabat Diraja Pahang. Menghasilkan barangan yang berkualiti dan unik menjadi faktor saya banyak menerima tempahan sepanjang tahun.
“Pelanggan saya bukan sahaja terdiri daripada penduduk Pahang tetapi turut membabitkan mereka yang menetap dibeberapa negeri seperti Johor dan Negeri Sembilan,” kata ibu pada tiga cahaya mata itu.
Baca lagi: Sahabat AIM: Bantu Faridah ternak lembu
Beliau menambah, antara tarikan koleksi barang kemas yang berjaya diketengahkan, adalah tempahan rantai dan gelang ukiran mengikut permintaan pelanggan.
Nur Syamimi berkata, persaingan jualan barangan emas sememangnya sengit namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berjaya dalam perniagaan terbabit.
Menurutnya, jualan secara online yang digunakan ternyata mendapat sambutan menggalakan, setiap hari pihaknya bersiaran langsung dengan pelanggan seluruh negara.
Tambahnya lagi, permintaan barangan emas, suasa dan perak berlaku sepanjang tahun. Musim perayaan antara bulan yang jualan meningkat dua hingga tiga kali ganda.
“Saya mempunyai pasukan 10 kakitangan wanita yang berpengalaman dan begitu komited dengan tugas masing-masing. Kejayaan saya dalam perniagaan barangan emas banyak dibantu mereka.

“Cita-cita saya ingin membuka lebih banyak lagi kedai emas di daerah lain di Pahang selain membuka kilang dan memperluaskan lagi akademi latihan menghasilkan barangan emas.
“Kejayaan saya hari ini hasil sokongan dan bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang mula menyediakan modal bermula RM3,000. Saya kini terus bergantung pada AIM dalam menyediakan pinjaman,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

