YAYASAN Bank Rakyat (YBR) mengambil langkah prihatin dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM400,000 kepada pelajar di empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Pantai Timur.
Peruntukan itu merupakan bantuan awal pengajian (BAP) yang disediakan YBR bagi membantu golongan memerlukan.
Empat IPTA yang terlibat adalah Universiti Sultan Zainal Abididin (UniSZA); Universiti Malaysia Kelantan (UMK); Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Menurut YBR, peruntukan tersebut disediakan kepada 400 pelajar daripada keluarga isi rumah berpendapatan rendah (B40).
Penyerahan mock cheque itu disempurnakan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dengan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli menerima cek berjumlah RM100,000.
Turut hadir, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
Sepanjang tahun 2022, YBR telah memperuntukan sebanyak RM2.37 juta yang telah memanfaatkan seramai 3,012 mahasiswa daripada berbilang agama dan kaum.
Penerima BAP itu adalah daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah yang telah menerima tawaran kemasukan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda serta pelajar semester satu hingga semester tiga.
Baca artikel berkaitan: 300 pelajar B40 Sabak Bernam dan Sungai Besar terima bantuan cermin mata percuma dari YBR
Setiap pelajar akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 bagi membuat persediaan kemasukan sesi pengajian yang baru bermula.
Sementara itu, Syaiful Rizal berkata, program BAP itu direncana bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan terutama masyarakat luar bandar, pedalaman dan miskin bandar.
“Semoga bantuan ini dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar ini melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
BAP juga merupakan hasil kerjasama dan perbincangan YBR bersama 18 IPT terpilih di seluruh negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

