Annuar Musa tak tercalon di Ketereh hanya khabar angin?

Dari Penulis

HANYA khabar angin demikian tegas, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan selepas desas-desus mengatakan penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa tidak dicalonkan kali ini.

Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, tiga nama termasuk Annuar adalah antara yang diberikan keutamaan oleh parti untuk diketengahkan.

Namun begitu, katanya, kini terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menentukan siapa yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Saya sudah menghantar senarai nama kepada Ahmad Zahid, malah tiga penyandang Parlimen termasuk Annuar adalah antara nama yang diberi keutamaan.

“Tugas saya sudah selesai dan selebihnya keputusan penuh bergantung kepada presiden parti,” katanya seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Baca artikel lain: PRU-15: Annuar tidak mahu bertanding Parlimen lain selain Ketereh

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Jentera BN Kelantan, hari ini.

Beliau diminta mengulas khabar angin mengatakan Annuar tidak dicalonkan di Parlimen Ketereh.

Ahmad Jazlan yang juga penyandang Parlimen Machang berkata, kesahihan berhubung calon BN pada PRU-15 hanya akan ditentukan selepas menerima watikah.

“Saya sendiri belum menerima watikah lagi. Mungkin senarai calon akan diperoleh dalam masa terdekat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kementerian Komunikasi buka dua pusat media

KEMENTERIAN Komunikasi membuka dua pusat media sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bagi memudahkan urusan liputan dan penyebaran...

More Articles Like This